Ini adalah kaji selidik kebangsaan mengenai keluarga yang membantu membentuk dasar mesra keluarga
dan dasar kesihatan reproduktif bagi penduduk Malaysia
Rangka persampelan kajian
Blok perhitungan
Tempat kediaman
Tentang Kami
Kajian Penduduk Dan Keluarga Malaysia ke-6
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM) merupakan kajian bersiri yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) secara berkala setiap sepuluh tahun sejak tahun 1974.
Kajian yang akan dijalankan pada tahun 2024 merupakan yang keenam dalam siri KPKM (KPKM-6).
Kajian ini adalah bersifat tinjauan keratan rentas dan berskala nasional. Lima siri kajian terdahulu adalah:
• Penyiasatan Kesuburan dan Keluarga Malaysia, 1974;
• Penyiasatan Penduduk dan Keluarga Malaysia, 1984;
• Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ketiga (KPKM-3), 1994;
• Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat (KPKM-4), 2004;
• Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5), 2014.
Objektif kajian adalah menyediakan data terkini dan siri masa berkaitan kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif serta sosio-ekonomi penduduk Malaysia
14 bidang liputan KPKM-6 adalah:
Pekerjaan & pendapatan
Simpanan & pinjaman
Perkahwinan & perceraian
Kesuburan & kehamilan
Kesihatan reproduktif
Aktiviti seksual dan sosial
Kehidupan berkeluarga
Kesejahteraan & kebahagiaan
Kesejahteraan mental & kesunyian
Sokongan sosial
Aspirasi & pengharapan remaja
Perancangan Keluarga
Perihal gangguan & keganasan
Bantuan dan penjagaan warga emas
Bagaimanakah keadaan keluarga di Malaysia pada tahun 2024
Kami ingin bertanya kepada ahli keluarga di Malaysia, antaranya
Pada pandangan anda, sehingga umur berapakah sesuai untuk bekerja?
Apakah kediaman pilihan anda pada masa akan datang?
Apakah sebab UTAMA lelaki dan perempuan lambat kahwin?
Suara Keluarga Demi Masa Depan Negara
Maklum balas anda akan membantu kami dalam membentuk inisiatif dan dasar mesra keluarga yang inklusif
Di manakah saya boleh memperolehi maklumat lanjut?
Untuk mengetahui maklumat mengenai kajian:
Untuk mengetahui hak anda sebagai responden:
Untuk membuat penjadualan semula sesi temubual: